10.11.2004..
hari itu,aku marah dan merajuk lalu lari ke rumah auntie chong kt k.k. sebabnya..papa dan mama xnk sambut birthday dan bagi aku kerja part time. kata papa, aku masih bawa umur.aku dengan keras kepala lari rumah.
seminggu aku tinggal dgn auntie chong.aku pun kerja part time dgn auntie.
17.11.2004
abang aku dtg tmpt kerja aku. dia ckp ada hal emergency kt rumah. aku ckp xnk blk.nnt papa marah aku. tapi dalam hati aku gembira sgt sbb aku tahu abang saja nk buat suprise sbb hari itu adalah birthday aku yang ke-16 thn.aku berkeras juga xnk balik sbb aku nk abg pujuk lg..
abang aku pn ckp''oyoi..bawa bertenang ek..papa dh x ada lg tau''katanya..aku terkejut.aku ckp abang ni memain pula..tapi abang ckp dh xde masa lg nk explain.kena cepat balik rumah sebab abg aku pn nak kepastian juga.betul ke tidak berita itu.aku dan abang terus berlari menuju ke terminal teksi.sepanjang perjalanan aku diam je kekadang aku menangis tp abg aku melarang supaya jgn menangis.abg ckp''oyoi xyah nangis la..diorg memain je tu.mungkin saje nk bg suprise..ari ni kan birthday oyoi''katanya..aku diam je.
pkul 6.30 ptg baru kami smpai kt rumah.dari jauh aku nmpk ramai org.aku terus lari naik atas rumah.setibanya aku depan pintu rumah,aku nmpk ayah dh tbaring kt dlm keranda.kaki aku rasa kaku nk melangkah lagi.aku berlari ke arah ayah.aku menagis semahu-mahunya..mama pn turut menangis.kakak,abg aku turut menangis.aku melihat sekeliling rumah.semuanya terhias cantik.aku pergi ke dapur.adik tunjuk kek dkt aku.aku nangis lg.adik ckp..''oyoi..dh la.jgn nangis lg.nnti ayah x tenang la''aku tolak adik aku sampai dia terhantuk kt dinding.aku kembali ke tmpat ayah.mama dtg memeluk aku.''oyoi.,buka dan tgk la wajah ayah''aku lalu menepis tangan mama.aku tampar mama dgn sekuat-kuat ati aku.mama menangis.semua org tkejut.aku ckp mama yg bunuh papa.klau x papa xakn mati.datuk dan nenek tiri aku memujuk aku.mama bdiri lalu minum racun.nasib baik abg aku sempat mhalangnya.
sepanjang mlm aku menangis.mama turut menangis sbb x thn dgr aku menangis.semua org yg ada turut menangis.apa tidaknya, papa org yg sgt baik hati dan pemurah.
pemergiannya secara tiba-tiba menimbulkan byk persoalan.kenapa..dan apa sebbnya..
doktor pn x dpt mengesahkan apa penyakitnya.
19.11.2004
tibalah pengebumian papa.inilah kali terakhir dan terakhir kami melihatnya.abgku membuka keranda ayah.ku lihat ayah terbaring kaku.aku hampir tjatuh.aku menangis lagi.kami sekeluarga bergilir-gilir menyentuh dan mcium dahi ayah.aku menyesal aku hanya melihat papa kali terakhir.papa selamat dikebumikan.sepanjang hari aku menangis lagi.aku x dpt menahan rasa sedih dan menyesal kerana tidak sempat meminta maaf.
balik rumah,org masih ramai lg.tp aku sedih kerana kali ini aku x akan melihat ayah lg.
kek..aku menangis lg melihat kek itu.inikah hadiah yg aku terima..aku xmahu semua itu,aku nk papa.
papa..maafkan anakmu ini papa..sesungguhnya sampi sekarang aku masih x dpt terima papa dh pergi utk selamanya..pergi yg x akan kembali.
papa..may god always bless you.semoga ayah ditempatkan di kalangan org2 yg Tuhan sayang.Amin